Akaun madrasahtahfizalayubi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
RM30,000/SEBULAN DIPERLUKAN BAGI KOS PEMBINAAN, PENGURUSAN & KEBAJIKAN

Usaha bagi membantu penduduk kampung keluar daripada kegelapan kepada kehidupan yang beragama, Madrasah Tahfiz Al-Ayubi telah ditubuhkan.

Madrasah Tahfiz Al-Ayubi dibina bagi membimbing  anak-anak supaya celik Al-Quran dengan matlamat ingin melahirkan 1 rumah, seorang Hafiz. Selain itu, pendidikan agama juga diterapkan seperti menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Pada 1 Muharram 1442 bersamaan 20 Ogos 2020, Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang hadir sebagai perasmi kepada aktiviti majlis pecah tanah untuk membina madrasah tersebut. Alhamdulillah pada 3 Januari 2021, Madrasah Al-Ayubi berjaya memulakan kelas tahfiz Al-Quran di masjid sebelum madrasah siap dibina. 





Sekarang ini, pelajar seramai  40 orang terdiri dari umur belasan tahun sehingga dewasa. Guru-guru terdiri dari dua orang lepasan Yaman dan 3 orang anak tempatan. Jumlah keseluruhan kakitangan madrasah 15 orang kesemuanya. Pengajian ilmu diadakan di masjid dan penginapan pelajar asrama di ruang atas masjid. Pendaftaran kemasukan ke madrasah terbuka sepanjang masa dan bersedia mendidik mereka yang hadir sebagai pelajar di sini.






Dana Diperlukan Bagi Menyiapkan Bangunan , Menampung Kos Pengurusan & Kebajikan

Buat pengetahun semua, madrasah ini masih dalam proses untuk menyiapkan dan membina bangunan madrasah. Selain itu, pelbagai keperluan persekolahan dan asrama diperlukan bagi memberi keselesaan anak-anak tahfiz menuntut ilmu.


Disamping itu, gaji dan elaun kakitangan juga perlu dibayar bagi meneruskan kelangsungan pendidikan tahfiz. Pihak madrasah amat mengalu-alukan sumbangan bahan mentah seperti beras, tepung, ayam, daging dan lain-lain sebagai makanan harian anak-anak tahfiz ini. 



Bilangan pelajar, guru dan staff adalah seperti berikut :

✅ Pelajar : 40 orang
✅ Guru : 5 orang
✅ Staff : 15 orang

Oleh itu, dana yang diperlukan juga tinggi bagi menampung segala keperluan ini. 

Sasaran Dana 

Sasaran dana yang diperlukan adalah RM 30,000/sebulan dan sasaran besar dana adalah sebanyak RM360,000 bagi menyelesaikan pembinaan madrasah.

Segala sumbangan ini akan digunakan sebaiknya bagi membantu anak-anak tahfiz ini mendalami ilmu agama dan keselesaan ketika belajar.




Semoga Allah merahmati segala sumbangan yang telah disumbangkan dan menjadikan pemberian tuan/puan sebagai amal ibadah yang berterusan sehingga hari akhirat kelak.


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

 
Bank : MAYBANK
Nama : Dana Pembangunan Dan Pendidikan
No Akaun : 5630 2863 4304


Letakkan reference "Ayubi" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.




Pemberitahuan: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran adalah termasuk RM1 caj payment gateway Toyyib Pay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 0199133634 (Pengurus Dana Madrasah Tahfiz Al-Ayubi)
4. Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta digunakan untuk kos pengurusan.